SEJARAH
ASAL-USUL

Tunku Abdul Rahman kembali ke tanah air dan bergiat cergas dalam SABERKAS. SABERKAS adalah singkatan kepada 'Syarikat Berkerjasama Am Saiburi'. Saiburi adalah nama Kedah dalam bahasa Siam namun maksud sebenarnya ialah 'Sayang Akan Bangsa Redha Korban Apa Segala'. Beliau banyak melakukan kerja-kerja kebajikan semasa pemerintahan tentera Jepun. Apabila Jepun menyerah kalah dan British kembali muncul,Tunku Abdul Rahman menyertai Kesatuan Melayu Kedah.Demi menyempurnakan cita-citanya menjadi seorang peguam pada tahun 1947, Tunku Abdul Rahman ke England sekali lagi untuk meyambung pengajian undang-undangnya setelah tergendala selama 25 tahun. Pada tahun 1949 Tunku Abdul Rahman lulus dari Cambridge Universiti dan ditauliahkan sebagai peguam. Sekembalinya ke tanah air Tunku Abdul Rahman bertugas sebagai Pendakwaraya di Perkhidmatan Kehakiman Kuala Lumpur.

NEXT
Tunku Abdul Rahman