Semasa pemerintahan Jepun, Tunku Abdul Rahman telah diberi jawatan sebagai Penyelia Pelajaran negeri Kedah. Di antara tahun 1947 hingga 1949 berlaku pergolakan politik yang hebat di Tanah Melayu. Pada masa itulah Tunku Abdul Rahman kembali ke England untuk meneruskan pengajian perundangan beliau di Inns of Court dan kembali ke tanah air dengan segulung ijazah peguam dan harapan untuk mengembangkan dasar demokrasi. Pada masa itu beliau berumur 45 tahun dan telah pun berkahwin dengan Sharifah Rodziah bt. Syed Alwi Barakbah. Walau bagaimanapun Tunku Abdul Rahman pernah berkahwin sebelumnya dengan seorang gadis bernama Meriam pada tahun 1933, malangnya Meriam meninggal dunia akibat demam malaria.Tunku Abdul Rahman pernah juga berkahwin dengan Violet Coulson pada tahun 1935 tetapi perkahwinan itu tidak berkekalan.
Tunku Abdul Rahman
|
||||||||||