Pada 13 Januari 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan perundingan Merdeka yang disertai oleh 4 orang wakil Raja Melayu dan 4 orang wakil Parti Perikatan di Lancester House dan pada 8 Februari 1956, beliau menandatangani Perjanjian Merdeka. Pada 31 Ogos 1957, Allahyaraham Tunku Abdul Rahman melaungkan perkataan, Merdeka! Merdeka! Merdeka di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu Merdeka yang pertama dan dalam masa yang sama memegang potfolio Menteri Dalam Negeri.Sebagai Perdana Menteri Malaya yang pertama, Tunku Abdul Rahman telah bertindak lancar dengan mencipta polisi-polisi baru. Tunku Abdul Rahman memulakan beberapa projek pembangunan, diantaranya ialah membina Masjid Negara, Stadium Negara, Bangunan Parlimen, Muzium Negara dan Tugu Kebangsaan. Pada tahun 1957, Pertandingan Bola sepak Piala Merdeka di buka kepada semua negara kecuali Isreal. Tunku Abdul Rahman telah mengasaskan Kementerian Kebudayaan, Beliau dan Sukan dalam usaha beliau untuk memperkayakan warisan Malaysia.
Tunku Abdul Rahman
|
||||||||||