Zaman pendudukan Jepun telah benar-benar melahirkan semangat kebangsaan di
jiwa Allahyaraham. Tunku Abdul Rahman j adalah salah seorang yang hadir ketika
Kongres Melayu Se Malaya diadakan di Kelab Sultan Sulaiman pada tahun 1946. Pada
tahun 1949, Tunku Abdul Rahman j menjadi pengerusi UMNO bahagian negeri Kedah.
Apabila Dato' Onn bin Jaafar meletak jawatan sebagai Persiden UMNO, Tunku Abdul
Rahman telah dipilih bagi mengisi kekosongan itu pada 26 Ogos 1951.Sejak
mengambil alih kepimpinan UMNO dari Dato' Onn, Tunku Abdul Rahman telah
mewujudkan kerjasama dengan MCA menubuhkan Perikatan pada tahun 1952. Sejak itu
Perikatan menjadi badan dominan yang memperjuangkan Kemerdekaan sehinggalah
negara memperolehi kebebasan mutlak apabila Tunku Abdul Rahman membacakan
pengistiharan Kemerdekaan pada pagi 31 Ogos 1957.
Tunku Abdul Rahman
|
||||||||||