SEJARAH
ASAL-USUL
Ibu Tunku Abdul Rahman bernama Menjalara, merupakan anak Ketua Negeri Mataban dalam jajahan Siam. Pendidikan formal Tunku Abdul Rahman bermula ketika berusia 6 tahun di sekolah Melayu dan seterusnya di Sekolah Inggeris Kerajaan yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Halim. Kemudian Tunku Abdul Rahman dihantar belajar di Siam di Sekolah Debsirinder, Bangkok ketika berusia 12 tahun. Apabila kekandanya Tunku Yusuf yang menjaganya di Bangkok meninggal dunia, Tunku Abdul Rahman berpindah ke Penang Free School, Pulau Pinang pada tahun 1915.Pada tahun 1919, Tunku Abdul Rahman Putra telah dikurniakan hadiah pelajaran negeri Kedah ke England dan menerima Ijazah Sarjan Muda Sastera (Sejarah) dari St. Catherine's College, Universiti Cambridge pada tahun 1925. Tunku Abdul Rahman bolehlah dianggap sebagai anak Melayu yang pertama lulus universiti di England.

NEXT
Tunku Abdul Rahman