SEJARAH
ASAL-USUL

Selepas itu, Tunku Abdul Rahman meneruskan pula pengajiannya dalam bidang perundangan di Inner Temple, England. Semasa menuntut di England, jiwanya tersentuh dengan lagak bangsa penjajah yang memandang rendah kepada bangsa yang dijajah. Ini mendorongnya menubuhkan 'Persatuan Anak-anak Melayu Great Britian' pada tahun 1927 yang bertujuan menyatupadukan pelajar-pelajar Melayu di sana serta menyemaikan semangat Kemerdekaan. Beliau juga menyertai 'Majlis' iaitu sebuah persatuan pelajar India -Muslim yang melaung-laungkan sentimen anti-penjajah British. Di sinilah beliau mula berjinak dalam bidang politik apabila menubuhkan Kesatuan Melayu Great Britain dan menjadi setiausahanya yang pertama. Bagaimanapun, Apabila Tunku Abdul Rahman gagal dalam peperiksaan, beliau pulang ke tanah air dan berkhidmat sebagai Pegawai Daerah di beberapa tempat di Kedah. Sekembalinya ke tanah air pada tahun 1931 Tunku Abdul Rahman memasuki Perhidmatan Awam Negeri Kedah dan pernah berkhidmat sebagai Pegawai Daerah Kuala Muda, Padang Terap. Kuala Nerang, Pulau Langkawi dan Kulim. Pada tahun 1938 sekali lagi Tunku Abdul Rahman ke England, kali ini untuk mengikut kursus undang-undang namun pengajiannya terbantut apabila meletusnya Perang Dunia Kedua.

 

NEXT
Tunku Abdul Rahman