Akhirnya,
pada 21 September 1970 tamatlah satu era apabila Tunku Abdul Rahman bersara dari
jawatan Perdana Menteri Malaysia dan menerima pelawaan Raja Faizal dari Jeddah
untuk menjadi Setiausaha Agung Seketariat Islam di Jeddah. Pada Perhimpunan
Agung UMNO ke 22 pada 23-24 Januari 1971 Tunku Abdul Rahman meletakkan jawatan
Yang DiPertua UMNO dan Tun Razak disahkan sebulat suara sebagai
penggantinya.Walaupun telah bersara, beliau menceburkan diri dalam bidang
kewartawanan. Tunku Abdul Rahman banyak menabur jasa dan mengharumkan Malaysia
di peringkat antarabangsa. Beliau mendapat anugerah-anugerah akademik dan sukan
dari dalam dan luar negara di samping menerima darjah-darjah kebesaran. Walau
setinggi mana pencapaian beliau, Tunku Abdul Rahman tetap seorang yang merendah
diri dan sentiasa memikirkan kebaikan rakyat.Tunku Abdul Rahman meninggal dunia
pada 6 Disember 1990 di Hospital Besar Kuala Lumpur dan disemadikan di Makam Di
Raja Langgar, Alor Setar. Jasa-jasanya sebagai Bapa Kemerdekaan akan sentiasa
dikenang setiap kali menjelang Hari Kebangsaan,